Diploma in Islamic Studies
-
smartodl
- 3/100 Students
- Diploma
- 0 Lessons /0 Quizes
Diploma In Islamic Studies
MQA/JPA Accreditation | 3 Years (10 Semester)
Program Diploma Pengajian Islam, Asia e University merupakan program Pengajian Islam yang dibentuk untuk merangkumkan keseluruhan tradisi arus perdana khazanah keilmuan Islam digabungjalinkan dengan perkembangan dan cabaran semasa.
Diploma Pengajian Islam merupakan program yang diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang berminat untuk meneroka cabang pengajian Islam yang sangat luas. Ianya sesuai dijadikan wadah oleh pelajar dari lepasan SPM/SPMV mahu pun mereka yang mempunyai pengalaman atau kelayakan setaraf sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah.
Hasil Pembelajaran
- Menunjukkan keupayaan untuk menerang dan menghuraikan ajaran pokok Islam berdasarkan kefahaman dan penghayatan tradisi arus perdana keilmuan Islam
- Menunjukkan keupayaan untuk mengenalpasti dan mengkaji bagaimana perkembangan tradisi keilmuan dan kerohanian Islam menghadapi cabaran perubahan zaman dan lingkungan.
- Menunjukkan keupayaan untuk menggunakan tradisi pemikiran logik dan dialogik Islam yang analitikal dankritikal dalam memahami dan menghayati Islam
- Menunjukkan keupayaan untuk menggunakan tradisi ilmiah Al-Qur’an dan Al-Hadith dalam konteks memahami cabaran dan permasalahan semasa
- Menunjuk keupayaan untuk menggabungjalin tradisi aqliyyah dan naqliyyah Islam ke arah pembinaan Peradaban Kemanusiaan berdasarkan nilai-nilai Islam.
Syarat Kemasukan :
- Tahap SPM / ‘O’ Level / SPMV dengan sekurang-kurangnya tiga (3) kredit DAN lulus dalam satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab ATAU satu (1) mata pelajaran Pengajian Islam; ATAU
- ‘O’ Level dengan sekurang-kurangnya Gred C dalam tiga (3) subjek dan lulus dalam satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab atau satu (1) mata pelajaran Pengajian Islam; ATAU
- Sijil Pengajian Islam atau bidang yang berkaitan (MQF Level 3) dengan minimum PNGK 2.00; ATAU
- Tahap STPM / ‘A’ Level ATAU kelayakan yang setaraf dengan sekurang-kurangnya Gred C (PNGK 2.00) dalam satu (1) mata pelajaran; dan – Lulus satu (1) mata pelajaran Bahasa Arab atau satu (1) mata pelajaran Pengajian Islam di peringkat SPM / ‘O’ Level ATAU STPM / ‘A’ Level; ATAU
- STAM (Gred Maqbul); ATAU Kelayakan bersamaan lain yang diiktiraf.
Keperluan Kompetensi Bahasa Inggeris Untuk Pelajar Antarabangsa
Skor minimum untuk TOEFL PBT 397 / TOEFL IBT 30-31 ATAU skor minimum 4.0 untuk Ujian IELTS ATAU Pearson Test of English PTE 30 ATAU Cambridge English: Advance (CAE) 160 ATAU Cambridge English: Proficiency (CPE) 180 ATAU Malaysian University English Test MUET Band 2).
Mana-mana pelajar antarabangsa yang berasal dari negara yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi atau dari institusi akademik yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, kebiasaannya akan dikecualikan daripada syarat-syarat dan keperluan di atas. Untuk butiran lanjut, sila layari http://www.aeu.edu.my
Saluran Kemasukan Flesibel
Calon dinasihatkan memohon APEL melalui Agensi Kelayakan Malaysia sebelum mereka boleh mendaftar dengan AeU
Fakta Program
Pembelajaran separuh masa, Pembelalajaran dalam talian, dan Pembelajaran teradun (Pembelajaran dalam talian dan tutorial)
Bantuan Dan Insentif Kewangan
Untuk pelajar-pelajar Malaysia dan antarabangsa:
- Biasiswa Merit untuk pelajar cemerlang
- 10% diskaun untuk yuran pengajian melalui Skim Kesetiaan Pelajar
Untuk pelajar-pelajar Malaysia sahaja:
- Diskaun 10% ditawarkan kepada pelajar yang membayar sepenuhnya yuran pengajian tahunan mereka dalam satu pembayaran
- 50% diskaun yuran pengajian bagi warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas
- 75% diskaun yuran pengajian bagi individu kurang upaya (OKU)
- Pengeluaran KWSP
- Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
- Pelepasan cukai pendapatan peribadi sehingga RM6,000
*Tertakluk kepada terma dan syarat bagi bantuan dan insentif
Struktur Program
Kursus Wajib
- Logik/Mantiq
- Dialogik/Adab al-Bahth wal Munazarah
- Cabaran Aqliyyah Semasa
- Ulum al-Qur’an
- Ulum al-Hadith
- Cabaran Naqliyyah Semasa
- Kalam
- Aplikasi Fiqh
- Fiqh Muamalat
- Akhlaq
- Tasawwuf dan Cabaran Kerohanian Semasa
- Sirah
- Sejarah Khalifah Islamiyyah
- Institusi Islam di Malaysia
- Asas Pembelajaran Bahasa Arab
- Bahasa Arab Komunikasi
- Jawi
- Perbandingan Agama
- Perbandingan Epistemologi
- Perbandingan Etika
Kursus Teras
- Aqidah
- Asas Fiqh
- Pengantar Syariah
- Usul al-Fiqh
- Tafsir
- Hadith
- Tasawwur Islam
Kursus Mata Pelajaran Umum
- Pengajian Malaysia
- Kemahiran Maklumat dan Penyelidikan
- Keusahawanan dan Etika di Malaysia
- Projek Khidmat Masyarakat
Kursus Wajib Universiti
- Penulisan Akademik
- Etika di Asia
Programme Facts


