Bachelor in Education (Teaching Malay Language in Primary School) with Hons

  • smartodl
  • 0/100 Students
  • Bachelor
  • 0 Lessons /0 Quizes

Bachelor in Education (Teaching Malay Language in Primary School) with Hons

MQA/JPA Accreditation | 2 Years 4 Months (7 Semester)

 

Program ini ditawarkan dengan tujuan untuk meningkatkan pengetahuan teknologi dan kandungan pedagogi di kalangan guru-guru sekolah rendah dan sekaligus menjadikan mereka guru siswazah. Mereka juga boleh menambah baik pengetahuan dari segi perspektif teori dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang semakin kritikal dan moden pada abad ke-21 ini.

HASIL PEMBELAJARAN

  • Meningkatkan tahap pengetahuan dalam pengajaran mata pelajaran bahasa serta membangunkan kebolehan pemikiran kritikal & penyelesaian masalah secara kreatif.
  • Mengukuhkan kemahiran pengajaran terutama guru-guru Bahasa Melayu di sekolah dengan menggunakan kaedah inovatif, strategi dan teknik mengikut keperluan semasa.
  • Menggalakkan penyelidikan tindakan dan mengaplikasikan kemahiran menyelesaikan masalah di dalam kelas.
  • Melahirkan guru Bahasa Melayu yang dapat memenuhi keperluan pembelajaran abad ke-21, khususnya penggunaan kaedah pengajaran yang inovatif, teknologi dan media baru.

Syarat Kemasukan :

Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia dan Antarabangsa :
Kemasukan Biasa : 

  • STPM / ‘A’ Level atau kelayakan yang setaraf dengan sekurang kurangnya Gred C (PNGK 2.0) dalam dua (2) subjek; ATAU
  • Lain-lain kelayakan yang setaraf dan diiktiraf.

Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia Sahaja :
Saluran Kemasukan Fleksibel :
Keperluan Kemasukan Akreditasi Melalui Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL)

  • Berumur minimum 21 tahun
  • Mempunyai pengalaman kerja yang berkaitan.

Keperluan Minimum Bahasa Inggeris Untuk Pelajar Antarabangsa :

  • Skor minimum 5.0 untuk IELTS; ATAU
  • Lain-lain ujian yang diiktiraf.
Bantuan Kewangan & Insentif :

Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia dan Antarabangsa :

  • Biasiswa Merit untuk pelajar cemerlang
  • 10% diskaun ke atas yuran pengajian menerusi Skim Kesetiaan Pelajar

Untuk Pelajar-Pelajar Malaysia Sahaja :

  • 10% diskaun ke atas yuran pengajian bagi pembayaran penuh yuran pengajian tahunan
  • 50% diskaun yuran pengajian bagi warga emas yang berumur 55 tahun dan ke atas
  • 75% diskaun yuran pengajian bagi individu kurang upaya (OKU)
  • Bantuan Pengeluaran KWSP
  • Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)

STRUKTUR PROGRAM

MATA PELAJARAN TERAS

  1. Falsafah Pendidikan
  2. Pembangunan Kurikulum
  3. Peningkatan Profesionalisme Guru
  4. Kanak-kanak Berkeperluan Khas
  5. Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
  6. Teknologi Instruksional dan Bahan Pembelajaran
  7. Psikologi Pendidikan
  8. Aktiviti Kokurikulum
  9. Kaunseling di Sekolah
  10. Model dan Strategi Pedagogi
  11. Sekolah dan Masyarakat
  12. Penilaian & Ujian di dalam kelas

KURSUS ELEKTIF WAJIB

  1. Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu
  2. Pengantar Linguistik
  3. Psikolinguistik
  4. Sosiolinguistik
  5. Fonetik dan Fonologi
  6. Semantik dan Peristilahan dalam Bahasa Melayu
  7. Metodologi Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  8. Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  9. Pengajaran Kemahiran Menulis dalam Bahasa Melayu
  10. Pengajaran Kemahiran Mendengar dan Bertutur dalam Bahasa Melayu
  11. Pengajaran Kemahiran Membaca dalam Bahasa Melayu
  12.  Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
  13.  Penilaian Bahasa Melayu Sekolah Rendah
  14.  Kesusasteraan Melayu
  15.  Penyelidikan dalam Bilik Darjah 1
  16. Penyelidikan dalam Bilik Darjah 2
  17. Praktikum

KURSUS ELEKTIF Pilih (1) kursus elektif sahaja

  1. Pengenalan Kepada Pendidkan Moral
  2. Metodologi dan Strategi Mengajar Pendidikan Moral
  3. Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
  4. Isu dan Trend dalam Pendidikan Moral

PENGAJIAN UMUM (Pelajar Malaysia Sahaja)

  1. Penulisan Akademik
  2. Etika Perbandingan
  3. Projek Tanggungjawab Sosial
  4. Hubungan Etnik
  5. Tamadun Islam dan Asia

(Pelajar Antarabangsa di Malaysia Sahaja)

  1. Penulisan Akademik
  2. Etika Perbandingan
  3. Projek Tanggungjawab Sosial
  4. Pengajian Malaysia 3
  5. Bahasa Malaysia dan Komunikasi 2

(Matapelajaran Wajib Universiti)

  1. Kemahiran Literasi Maklumat dan Penyelidikan
  2. Keusahawan di Asia


Norazlina bt. Supaat
Penerima Anugerah Presiden
Graduan Tahun 2017, Malaysia
Bachelor of Education (Teaching Malay Language in Primary School) with Honours
Guru, Sekolah Rendah Agama Bersepadu Kota Tinggi, Johor

 

* Tertakluk kepada terma dan syarat

RM0.00

Additional Details

  • Beginner
  • 4 Weeks
  • 50 points
  • 08/03/2025 7:06 pm
Scroll to Top